Khamis, 25 November 2010

Psychic Detective Yakumo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Akhirnya, segmen animasi kembali lagi. Segmen ini awalnya saya letakkan di laman utama Radin's Blog (RB). Tetapi, selepas beberapa pengubahsuaian tema, adalah ada baiknya jika saya ubah segmen ini ke Radin's Blog Entertainment (RBE). Sesuai kan? Jadi, untuk tidak membazirkan masa, kita pergi ke animasi kita untuk bulan ini, Psychic Detective Yakumo. Animasi ini diadaptasi dari buku komik yang ditulis oleh Kaminaga Manabu dan dilukis oleh Akatsuki Katoh. Komik ini juga diadaptasi kepada cerita bersiri.

Photobucket

Ya, seperti namanya, kisah ini adalah mengenai penyiasatan. Ada sikit macam Detective Conan, tapi Detective Yakumo ada sesuatu yang Conan tiada, kuasa psikik. Menggunakan kelebihan dari segi psikik, ia sedikit sebanyak menolong Yakumo ketika penyiasatannya.


SINOPSIS

Kisah ini mengenai seorang pelajar kolej, Saitou Yakumo yang lahir mempunyai mata yang berlainan warna. Mata kirinya yang berwarna merah mempunyai kuasa istimewa, membolehkannya melihat hantu dan makhluk halus. Dia percaya, makhluk halus dan hantu-hantu ini adalah roh-roh manusia yang telah mati tetapi tidak dapat pergi dengan aman atas sebab-sebab tertentu. Dengan memenuhi permintaan roh-roh ini, mereka akan mati dengan aman. Cerita ini bermula apabila seorang gadis bernama Ozawa Haruka datang kepada Yakumo untuk mendapatkan pertolongan.


WATAK - WATAK

Saitou Yakumo

Photobucket

Saitou Yakumo adalah watak utama cerita ini. Dia dilahirkan mempunyai pasangan mata yang berlainan warna, di mana mata merahnya membolehkannya melihat makhluk halus dan hantu. Dia adalah seorang yang pendiam dan kurang bersosial dengan manusia di sekelilingnya. Semenjak kecil, dia dijaga dan dibesarkan oleh pakciknya, seorang sami Buddha. Namanya, 'Yakumo' juga diberikan oleh pakciknya yang bermaksud 'awan'. Dengan bantuannya, dia dapat membantu Haruka berjumpa dengan 'roh' kembarnya yang telah mati. Sejak itu, Yakumo sentiasa bersama dengan Haruka dalam kes-kes seterusnya.


Ozawa Haruka

Photobucket

Ozawa Haruka adalah seorang gadis dan juga pelajar di kolej tempat Yakumo belajar. Dia diperkenalkan dari episod 1 ketika dia datang kepada Yakumo untuk meminta pertolongan. Seorang demi seorang rakannya mati setelah masuk ke sebuah rumah kosong yang dikatakan berpuaka. Dengan bantuan Yakumo, Haruka dapat menyelesaikan misteri di sebalik rumah puaka tersebut dan dapat 'berjumpa' dengan roh kembarnya yang telah mati. Semenjak kematian kembarnya itu, Haruka sentiasa menyalahkan dirinya kerana menganggap dia adalah punca kembarnya mati. Namun, ianya hanya sekadar perasaannya sahaja kerana 'roh' kembarnya itu tidak menganggapnya sedemikian. Haruka adalah antara beberapa orang yang mengatakan mata merah Yakumo cantik. Dan sejak itu, mereka berdua sentiasa bersama untuk kes-kes seterusnya.


KOMEN

Cerita ini mempunyai jalan cerita yang menarik, dan juga sedikit menyeramkan apabila ia melibatkan adegan 'hantu-hantu' dan 'makhluk halus'. Ceritanya juga agak serius. Kepada sesiapa yang tidak minat dengan cerita-cerita berunsur penyiasatan, ia bukan untuk anda.


MEDIA

Salah satu adegan dalam Detektif Psikik Yakumo

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails