Ahad, 21 November 2010

NEWS

Sekarang ini berbagai-bagai genre musik berada dalam pasaran. Sama ada tempatan atau antarabangsa, pilihan sekarang terbuka luas untuk kita pilih. J-Pop dan K-Pop adalah antara yang diminati ramai. Bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan-kumpulan seperti Super Junior, Wonder Girls, Arashi dan lain-lain. Tapi bagi saya, paling saya minat adalah, NEWS.

Photobucket

Sedikit sejarah NEWS adalah, ia merupakan kumpulan yang bernaung di bawah Johnny’s Entertainment. Ditubuhkan pada tahun 2003 oleh Johnny Kitagawa. NEWS bermaksud (North, East, West, South), memandangkan setiap ahlinya berasal dari pelbagai kawasan dari seluruh Jepun. Ahli asalnya terdiri daripada 9 orang. Pada tahun 2004, Takahiro Moriuchi keluar daripada kumpulan. Dan pada tahun 2006, 2 ahli disingkirkan atas masalah disiplin iaitu Uchi Hiroki dan Kusano Hironori.

Sehingga sekarang, ahli NEWS terdiri daripada 6 orang iaitu :-Koyama Keiichiro, Nishikido Ryo, Yamashita Tomohisa, Masuda Takahisa, Kato Shigeaki dan Tegoshi Yuya.


Yamashita Tomohisa

Photobucket

Yamashita Tomohisa merupakan ketua bagi kumpulan NEWS. Antara ahli News yang paling popular dan paling sibuk. Dia juga dikenali dengan nama samaran YamaP, versi pendek kepada Yamashita Pink (nama yang diberi oleh Takizawa Hideaki kerana dia selalu melihat Yamashita suka memakai baju berwarna pink), Karyanya di dalam bidang seni bermula apabila dia diterima sebagai Johnny’s Junior pada tahun 1996. Nishikido Ryo adalah antara rakan rapatnya di dalam NEWS. Dia melanjutkan pelajaran di Meiji Universiti dalam bidang Perniagaan.

Antara Drama yang dibintanginya ialah Kurosagi dan Code Blue. Selain dari lagu berkumpulan, dia juga mempunyai lagu solo seperti Daite Senorita. Antara lagu duetnya adalah bersama Ikuta Toma (Yakubou no Rain) dan Kamenashi Kazuya (Seishun Amigo).


Koyama Keiichiro

Photobucket

Koyama Keiichiro, ahli NEWS paling tua dan juga dilihat sebagai watak abang yang penyayang kepada NEWS. Sering kali menjadi tanggungjawabnya menjaga kebajikan ahli-ahli news yang lain agar sentiasa sihat dan baik. Dia merupakan rakan baik kepada Kato Shigeaki dan seringkali digandingkan untuk berduet dengannya. Sama seperti YamaP, dia melanjutkan pelajaran ke Meiji Universiti dalam bidang Pengajian Asia.

Dia adalah host kepada rancangan Shounen Club dan beberapa kali membintangi drama sebagai watak sampingan seperti Yokan Club dan Kurosagi. Selain dari lagu berkumpulan, dia juga mempunyai lagu solo seperti Love Addiction. Antara lagu duetnya adalah bersama Kato Shigeaki iaitu Chira Rizumu.


Nishikido Ryo

Photobucket

Nishikido Ryo merupakan ahli kumpulan yang paling ‘cool’. Selain daripada itu, dia terkenal dengan lidah tajamnya. Selain daripada YamaP, dia juga adalah rakan karib kepada Uchi Hiroki. Karier seninya bermula ketika dia diterima ke dalam Johnny’s Junior pada tahun 1997. Sikapnya yang ‘cool’ menyebabkan junior-junior nya takut mendekatinya pada peringkat awal, namun sebenarnya amat mengambil berat dan mengutamakan mereka daripada dirinya sendiri. Dia bertutur dalam dialek Kansai dan seringkali menyebabkannya menghadapi masalah setiap kali berlakon.

Dalam bidang nyanyian, dia selalunya menumpukan kepada solo (jarang digandingkan berduet). Antara solonya adalah Code. Dia juga ada membintangi beberapa drama seperti one liter of tears dan Niini no koto wo wasurenaide. Selain daripada kumpulan NEWS, dia juga adalah anggota bagi Kumpulan Kanjani8.


Masuda Takahisa

Photobucket

Masuda Takahisa menyertai Johnny’s Entertainment pada tahun 1998. Pada waktu itu, dia banyak menjadi penari latar bagi persembahan senior-senior mereka seperti KAT-TUN. Pada tahun 2003, dia menjadi salah seorang daripada ahli NEWS. Masuda Takahisa kemudian berduet dengan Tegoshi Yuya, dan duo mereka dikenali dengan nama Tegomass, dan gandingan mereka berjaya merakamkan beberapa album. Masuda antara penari terbaik dalam NEWS.

Dia kemudian dipilih untuk berlakon dalam beberapa drama dan antara drama yang dia memegang sebagai watak utama adalah Rescue pada 2009. Selain bersama dengan NEWS, dia juga merakam beberapa lagu solo seperti Superman. Lagunya di dalam duo Tegomass adalah seperti Kaerimichi no Love.


Kato Shigeaki

Photobucket

Kato Shigeaki menyertai Johnny Entertainment pada tahun 1999 sebagai Johnny’s Junior. Ketika di zaman dia sebagai Johnny’s Junior, dia menganggotai banyak kumpulan seperti BBB, BBA, BBD dan BAD. Pada tahun 2003, ketika dia 16 tahun, dia menjadi ahli Kumpulan News. Antara fakta menarik baginya adalah ahli yang paling bijak di dalam Kumpulan NEWS, namun pada masa yang sama, yang paling tidak menyerlah di awal kemunculannya. Dia melanjutkan pelajaran di Aoyama Gakuin University dalam Bidang Undang-Undang (bakal peguam!!). Selepas kemunculan semula NEWS, dia keluar dengan imej baru dan popularitinya mula meningkat sedikit demi sedikit.

Dia juga berlakon dalam beberapa drama seperti Hokaben dan Troubleman. Selain bersama dengan NEWS, dia juga ada merakamkan lagu solo seperti Shalala Tambourine. Dia juga mempunyai beberapa lagu duet bersama Koyama Keiichiro.


Tegoshi Yuya

Photobucket

Tegoshi Yuya adalah ahli NEWS paling muda dan paling junior dalam bidang seni jika dibandingkan dengan ahli-ahli yang lain. Dia menyertai Johnny’s Entertainment pada tahun 2002. Dia hanya bersama dengan Johnny’s Junior selama 11 bulan sahaja sebelum menjadi ahli NEWS pada tahun 2003. Sebelum kemasukannya dalam NEWS, dia hampir tidak dikenali. Di NEWS, dia adalah ahli yang paling menyerlah dan paling cepat meningkat naik. Dia antara ahli NEWS yang paling baik dalam nyanyian, boleh menyanyi dalam nada tinggi. Dengan wajah yang kacak, kebolehan menari, berlakon dan menyanyi, dia mempunyai pakej lengkap dalam industri seni. Dia juga merupakan ahli NEWS yang pertama ditawarkan berlakon di layar perak. Dia pernah memohon untuk masuk ke Aoyama Universiti tempat Shigeaki belajar, namun gagal dalam Ujian kemasukan. Sekarang, dia melanjutkan pelajaran di Waseda Universiti dalam bidang Psikologi.

Dia mempunyai hubungan rapat dengan Masuda Takahisa, dan duo mereka dinamakan Tegomass. Selain bersama NEWS, dia ada merakamkan lagu bersama dalam Tegomass seperti Misou Soup. Selain itu, dia juga mempunyai lagu solo seperti Ai Nante.


MEDIA

Antara lagu NEWS :

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails