Ahad, 28 November 2010

Sukan Asia 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Malam tadi berlangsungnya upacara penutup Sukan Asia 2010 di Gungzhou, China. Memang tidak dinafikan lagi kemampuan tuan rumah untuk menganjurkan sukan di peringkat antarabangsa memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Dengan kemantapan ekonomi China sekarang, kemeriahan upacara malam tadi sememangnya cukup untuk melambangkan kekuatan China di persada dunia. Di kala ini juga, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kontijen negara yang mewakili Malaysia ke Sukan Asia apabila mencapai sasaran 9 pingat emas dan meletakkan negara di tangga 10 terbaik dari segi kutipan pingat. Di samping itu, ini adalah juga pencapaian terbaik Malaysia di pentas Sukan Asia setelah merangkul 8 pingat emas di Doha, Qatar pada tahun 2006.

Photobucket

Baiklah, mari kita menyaksikan barisan putera dan puteri emas negara di Sukan Asia :-
  1. Adrien Ang Hsien Loong, Alex Liew Kien Liang
    (Bowling)(Beregu Lelaki)

  2. Alex Liew Kien Liang
    (Bowling)(Perseorangan Lelaki)

  3. Azizul Hasni Awang
    (Berbasikal)(Keirin Lelaki)

  4. Ku Jin Keat
    (Karate)(Perseorangan Lelaki Kata)

  5. Puvaneswaran Ramasamy
    (Karate)(Lelaki -55kg)

  6. Nicol Ann David
    (Squash)(Perseorangan Wanita)

  7. Mohd Azlan Iskandar
    (Squash)(Perseorangan Lelaki)

  8. Nicol Ann David, Low Wee Wern, Sharon Wee Ee Lin, Delia Arnold Odette
    (Squash)(Acara Berkumpulan Wanita)

  9. Chai Fong Ying **penyumbang pingat emas pertama negara
    (Wushu)(Taijiquan/Taijijian Wanita)
Di samping itu, tidak dilupakan juga kepada atlit-atlit Malaysia yang telah menyumbangkan kilauan pingat perak dan gangsa kepada negara. Ia bukanlah bermakna mereka ini tidak baik, tetapi kilauan itu menunjukkan mereka juga telah berusaha sedaya upaya mereka demi negara kita Malaysia yang tercinta ini. Tidak dilupakan juga barisan atlit-atlit tersebut juga melambangkan Malaysia sebagai negara berbilang-kaum (^_^)

Selepas upacara penutup Sukan Asia 2010 Guangzhou, China, semua perhatian sekarang ini bertumpu kepada negara jirannya yang akan menganjurkan Sukan Asia 2014 bertempat di Incheon, Korea Selatan.

Akhir kata, Majulah sukan untuk negara~~ huhuhu
Bye~~




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails