Selasa, 31 Januari 2012
Senarai Peserta Pilih Kasih 3
Selamat Datang semua
Satu-satunya rancangan realiti yang berorentasikan lakonan kembali bertemu penonton, iaitu Pilih Kasih. Pada tahun ini, Rancangan Pilih Kasih memasuki musimnya yang ketiga dan juga yang terakhir. Rancangan ini akan keudara pada setiap hari Ahad pukul 9 malam, bermula 5 Februari 2012 ini.
Dan di dalam post hari ini, mari kita berkenalan dengan 16 peserta yang akan berentap di dalam rancangan Pilih Kasih 3.
Isnin, 30 Januari 2012
Keputusan Anugerah Juara Lagu ke-26
Selamat Datang semua
Akhirnya, malam tadi terjawablah sudah apakah lagu yang meungguli Anugerah Juara Lagu ke-26. 12 buah lagu berentap, dan boleh dikatakan barisan 12 lagu ini antara yang terbaik dan finalis-finalis yang berentap juga antara yang terbaik pernah bertanding. Semuanya mempunyai vokal yang mantap dan mempersembahkan gimik persembahan yang menarik.
Barisan 32 orang juri diketuai oleh Azmeer menggalas tanggungjawab untuk menilai lagu yang terbaik sepanjang tahun 2011. 20 orang juri akan menilai 80% markah lagu sepanjang tahun dan baki 20% lagi akan diadili melalui persembahan dan mutu vokal di AJL.
Siapakah yang bergelar juara AJL?
JUARA & VOKAL TERBAIK
Juara AJL-26 jatuh kepada lagu Awan Nano nyanyian Hafiz. Lagu Awan Nano ini adalah hasil nukilan M.Nasir bersama gandingan Buddhi Hikayat. Vokal Hafiz juga memang tidak dinafikan apabila buat kali kedua berturut-turut beliau memenangi Anugerah Vokal Terbaik. Juara AJL ke-26 membawa pulang RM35,000 beserta trofi dan tambahan RM10,000 untuk Vokal Terbaik.
Nampaknya berbaloi juga Hafiz pakai T-Shirt dan Track Suit di pentas AJL kan? Penampilan paling ringkas di AJL setakat ini.. (juga kerana sambungan video klip awan nano..).
NAIB JUARA
Naib Juara AJL-26 pula jatuh ke tangan trio 3 suara yang terdiri daripada Sheila Hamzah, Ning Baizura dan Jaclyn Victor melalui lagu Beribu Sesalan. Lagu tersebut adalah hasil gandingan Kevin Chin dan Tinta. Naib Juara membawa pulang RM15,000 berserta trofi.
Seorang daripada mereka sahaja sudah mempunyai vokal yang meletup, apa lagi kalau digandingkan bertiga. Bertambahlah meletup-letup.
TEMPAT KETIGA
Tempat Ketiga jatuh ke tangan gandingan Audi Mok dan Faizal Tahir, gandingan yang senantiasa masuk ke AJL berkali-kali. Pada kali ini mereka sekali lagi masuk melalui lagu Karma. (Tak sangka yang piano yang Faizal Tahir main itu akan terbakar.. masa rehersal takder apa-apa pun..)
PERSEMBAHAN TERBAIK
Persembahan terbaik pada malam AJL tidak lain dan tidak bukan jatuh kepada Alyah dengan lagu Kisah Hati. Kemunculan Jejaka Idaman Malaya, Remy Ishak mengejutkan orang ramai.. (masa rehersal takder langsung.. takder sapa sangka yang Remy keluar.. ) gimik yang dilakukan seperti patung di atas pusingan kotak lagu menjadi. Tidak dilupakan juga Along Cham yang juga Charlie Chaplin Malaysia.
Ahad, 29 Januari 2012
Raptai Anugerah Juara Lagu ke-26
Sabtu, 28 Januari 2012
Pengikut ke-100 ; Beauty Shinju
Khamis, 26 Januari 2012
KDD (Episod 4)
“Terima kasih banyak-banyak Datin. Budi baik Datin tak dapat kami balas.” Kata Makcik Aminah. Wanita tua itu tidak dapat menahan sebak akan jasa yang telah diberikan oleh Datin Zubaidah. Semenjak kematian suaminya 2 tahun lalu, dia hanya tinggal keseorangan di rumahnya di kampung Parit Lapis itu. Perkahwinannya tidak meninggalkan seorang pun waris. Maka, selepas kematian suaminya, punca pendapatannya terputus.
“Tidak ada apa-apalah nek, ini memang rezeki nenek.” Kata Datin Zubaidah sambil tersenyum.
Setiap bulan, Datin Zubaidah akan datang ke rumah Makcik Aminah untuk melihat keadaannya. Bagi Datin Zubaidah, itu adalah rutin kebiasaan baginya untuk melihat keadaan keseluruhan kampung yang merupakan tanah kurnia yang sekarang ini milik suaminya turun temurun.
“Kalau ada apa-apa lagi bagitau saya yer nek?” Tambah Datin Zubaidah lagi sambil meminta izin untuk mengundurkan diri. Makcik Aminah pada masa yang sama membalas salam daripada Datin Zubaidah dan melihat kereta mewah milik Datin Zubaidah beredar dari halaman rumahnya.
“Datin, nak saya terus hantar Datin ke rumah ke?” Tanya Sudin, pemandu kereta mewah peribadi milik Datin Zubaidah. Sambil memandang ke hadapan, Datin Zubaidah menjawab pertanyaan itu. “Ya Sudin, bawa saya balik ke rumah sahaja”. Kereta mewah itu meluncur laju di kawasan perkampungan itu. Parit-parit, kebun-kebun dan rumah-rumah di perkampungan itu adalah pemandangan biasa sejak puluhan tahun dahulu di kawasan perkampungan yang merupakan tanah kurnia oleh Sultan kepada keluarga Datuk Zakaria.
“Datin, maaf saya bertanya. Datin ada masalah ke?” tanya Sudin lagi. Dia risau melihatkan wajah isteri majikannya itu yang muram semenjak pulang daripada istana beberapa hari yang lalu.
Datin Zubaidah hanya mendiamkan diri dengan pertanyaan itu. Namun, dia merasakan sudah sampai masanya dia cuba mendapatkan kepastian akan persoalan yang lama dipendamkan olehnya itu. Sambil membetulkan tudungnya, Datin Zubaidah bersuara,
“Sudin, saya nak tanya. Kamu dah lama berkhidmat dengan Datuk kan? Mesti ke mana dia pergi, kawan-kawan Datuk.. semua kamu tahu kan?” tanya Datin Zubaidah kepada Sudin.
“Adalah beberapa perkara yang saya tahu betul Datin. Kenapa Datin tiba-tiba tanya soalan macam tu?” tanya Sudin kembali.
“Saya dah jumpa ramai kawan Datuk, tapi saya tak pernah nampak dia rapat dengan sesiapa sama seperti dia rapat dengan Datuk Suhaimi. Saya tahu mereka kawan dari kecil, tapi ramai kawan datuk dari kecil tapi takdelah sampai ke tahap Datuk Suhaimi.” Jelas Datin Zubaidah kepada Sudin. Cuba melepaskan segala persoalannya kepada Sudin untuk dijawab.
“Ada sebabnya Datin. Datuk Suhaimi tu dapat Datuk pun Datuk Zakaria yang tolong.” Balas Sudin singkat.
“Maksud kamu?” Tanya Datin Zubaidah lagi. Dia masih tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Sudin itu.
“Bisnes sarang burung walet milik Datuk Suhaimi tu, modalnya Datuk Zakaria lah yang banyak tolong. Dah maju macam ini, mestilah Datuk Suhaimi banyak terhutang budi.” Tambah Sudin.
“Hmm.. betul juga tu. Susah suami saya tu nak pinjamkan duit pada orang lain.” Kata Datin Zubaidah apabila memikirkan yang jawapan Sudin itu ada juga logiknya. Namun, apa kebaikan Suhaimi sehingga suaminya sanggup meminjamkan wang kepadanya.
“Datin masih lagi bergaduh dengan Datin Ima?” kata Sudin tiba-tiba.
Soalan cepu emas daripada Sudin itu menyentap kesedaran Datin Zubaidah yang sedang leka memikirkan hal Datuk Suhaimi. Kini persoalan akan isteri Datuk Suhaimi, Datin Rahimah pula muncul di fikirannya.
“Haih, malas saya nak fikirkan tentang betina garik tu.” Kata Datin Zubaidah sambil mulutnya di muncungkan sedikit ke hadapan.
“Dah 15 tahun Datin kenal dia. Rasa dah sampai masa Datin berdua berbaik”. Kata Sudin lagi sambil tersenyum melihat ke arah cermin pandang belakang kereta mewah itu.
Sementara itu, Datin Zubaidah hanya mendiamkan diri sahaja. Dia tahu perkara antara kedua-dua mereka itu perkara lama dan sudah sampai masanya mereka berdua berbaik. Tapi, ini bukan masalah boleh berbaik atau tidak. Ini masalah keserasian antara mereka berdua. Bagaimana hendak berbaik kalau masing-masing tidak serasi?
Sedang dia memikirkan akan peristiwa yang berlaku antara mereka berdua, kereta mewah itu telah pun masuk ke halaman rumah agamnya yang tersergam indah.
bersambung..
Rabu, 25 Januari 2012
4 Hari di Johor Bahru
Selasa, 24 Januari 2012
Ally Iskandar & Farah Lee
Selamat Datang semua
Pertama sekali, ucapan tahniah diucapkan kepada personaliti terkenal TV3, Ally Iskandar yang selamat diijapkabulkan dengan gadis pilihannya pada 20 Januari yang lepas. Walaupun sudah 4 hari berlalu, tapi rasanya masih belum terlambat untuk menulis tentang mereka. Masjid Kristal menjadi saksi penyatuan pasangan yang sama cantik dan sama padan ini dengan satu ikatan yang suci iaitu ikatan perkahwinan.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada mereka berdua. Semoga berbahagia dan hubungan kekal selama-lamanya. (Yang best sebab diorang ni sama negeri, iaitu Terengganu. ^^). Di bawah ini adalah antara gambar-gambar mereka. Tapi apa yang pasti, mereka ini tidak pernah bercinta sebelum ini, apatah lagi mengatakan 'I Love You' antara satu sama lain. Tapi, bertemu juga jodohnya.
Sekian buat masa ini
Salam
Isnin, 23 Januari 2012
Selamat Tahun Baru Cina
Selamat Datang semua
Seperti kebiasaan di hari-hari perayaan seperti ini, letupan-letupan mercun menambahkan kemeriahan perayaan tahun baru cina. Malam tadi, jiran-jiran saya kebanyakannya merayakan dengan penuh kemeriahan. Walaupun malam tadi sebenarnya cuaca tidak beberapa baik. Tahun 2012, adalah pertukaran dalam sistem kalendar cina daripada tahun Arnab kepada tahun Naga (aku tahun Arnab pada siapa yang nak tahu.. hehe).
Jadi apakah signifikasinya tahun naga ini? Jadi, kita belajar sikit tentang kalendar astrologi cina. Setiap tahun dibahagikan kepada 5 elemen, Api, Air, Tanah, Kayu dan Besi (Emas). Dan setiap satu ada kelebihan masing-masing. Pada tahun ini adalah tahun Naga Air. Setiap tahun akan datang 12 tahun sekali, jadi untuk 5 jenis naga, maka mereka akan tiba setiap 60 tahun sekali. Nak lihat Naga Air?
Yaa.. inilah dia naga air. Kalau anda ingat naga air boleh terbang macam naga-naga lain, maka anda silap besar. Kuda Laut ini juga tergolong dalam kategori naga dan dalam dongeng dikatakan bahawa Kuda Laut ini adalah cucu kepada Naga. (senang jer kan nak tengok naga? hehe.. )
Ini adalah kitaran bagi tahun naga sebelum-sebelum ini :-
- Naga Air (2012)
- Naga Besi/Emas (2000)
- Naga Tanah (1988)
- Naga Api (1976)
- Naga Kayu (1964)
Ok, jadi kepada mereka yang lahir pada tahun naga, anda bolehlah melihat apakah sifat-sifat yang ada pada Jejaka dan Gadis Naga.
Gadis : Berkarisma, Menawan dan Cergas dan Sukakan publisiti.
Jejaka : Berkarisma, Kacak, Egois dan Sangat bercita-cita tinggi.
Baiklah, itu antara beberapa ciri-ciri yang ada pada mereka yang lahir pada tahun naga ini. Tapi, ini adalah secara umum. Ciri-ciri ini juga bergantung kepada ciri-ciri seseorang itu yang ada secara eklusif. (ramai yang lahir dalam tahun naga, takkan semua sama.. betul tak?)
Baiklah, itu sahaja buat masa ini,
Salam
Ahad, 22 Januari 2012
Giliran AJL - 26
Selamat Datang semua
Apa khabar anda-anda semua. Apa perancangan anda-anda di semua di hari minggu di musim cuti ini? Sukalah saya untuk mengingatkan yang seminggu dari sekarang adalah tiba masanya untuk Anugerah Juara Lagu ke-26. Anugerah yang menobatkan lagu terbaik Malaysia untuk setiap tahun. Dan pada tahun ini, temanya adalah air.. (hey.. budak-budak!! Jangan main air!!)
12 lagu akan bertanding untuk kali ini. Ini adalah gilirannya.
- Wanita Seluruh Dunia - Projek Pistol
- Sedetik Lebih - Jaclyn Victor
- Kekanda Adinda - Atilia & Monoloque
- Penakut - Yuna
- Kalau Berpacaran - Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet
- Cinta Muka Buku - Najwa Latif
- Karma - Faizal Tahir
- Kisah Hati - Alyah
- Sungai Lui - Aizat
- Gadis Semasa - Yuna
- Awan Nano - Hafiz
- Beribu Sesalan - 3 Suara
Sekian buat masa ini
Salam
P.S :: kenapa 3 Suara lama sangat?? huhu..
Sabtu, 21 Januari 2012
Izwan Pilus meninggal dunia
Selamat Datang semua
Pertama sekali, takziah diucapkan kepada keluarga Izwan Pilus atas kehilangan salah seorang ahli keluarga mereka. Izwan Pilus meninggal dunia pada pukul 6.15 petang semalam di Hospital Ampang disebabkan jangkitan kuman kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah. Allahyarham akan dikebumikan di di Tanah Perkuburan Islam Kg. Pelembang, Gubah di Jasin. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Khamis, 19 Januari 2012
KDD (Episod 3)
Rabu, 18 Januari 2012
Wikipedia blackout
Selamat Datang semua
Hari ini, masa tengah berblogwalking di sebuah blog, ada artikel yang menyatakan Wikipedia tutup hari ini untuk satu hari. Jadi, untuk kepastian, saya pun melayari laman web ensiklopedia percuma terbesar dalam sejarah manusia sehingga kini iaitu, Wikipedia. Dan, ia lebih teruk daripada apa yang saya sangkakan. Wikipedia blackout untuk satu hari! (Asalnya aku ingat diorang berlawok..)
Tapi tidaklah teruk sangat pun sebenarnya, cuma Wikipedia English sahaja yang diblackoutkan. Tapi kira terjejas juga sebab ia yang paling besar dan paling banyak koleksi artikel. Dan apakah sebab pihak pentadbir Wikipedia mengambil langkah drastik tersebut?
Semuanya disebabkan oleh Kongress Amerika Syarikat yang pada waktu ini sedang membentangkan rang undang-undang SOPA dan PIPA di Dewan Perhimpunan dan Dewan Senat masing-masing. (SOPA = Stop Online Piracy Act ; PIPA = PROTECT IP Act) bertujuan untuk mengawal keterbukaan berinternet. Jadi, dalam 24 jam ini, mereka sedang cuba untuk menyedarkan orang Amerika supaya Wakil Kongress mereka tidak meluluskan dan menghapuskan terus Bill seumpamanya. (hmm.. Amerika pun takut open internet yer? hehe..)
Tapi apa yang penting, kalau dah tiada Wikipedia, nak buat rujukan di mana?
Isnin, 16 Januari 2012
'Benci' hari Isnin
Selamat Datang semua
Apa khabar anda-anda semua. Adakah anda ceria di hari ini? Yaa.. kalau anda tak ceria, give me five!! Sebab hari ini bermulanya hari bekerja selama 5 hari lagi. Seawal dari pagi lagi, jalan depan rumah dah sesak dengan kenderaan-kenderaan yang menuju ke tempat kerja masing-masing dan budak-budak sekolah dengan muka suci masing-masing berjalan ke sekolah.
Agak-agak apa perasaan hari Isnin ni kalau dia ditakdirkan boleh bercakap?
Kecualilah kepada negeri-negeri yang bekerja pada hari Ahad hingga Khamis. Mungkin hari Ahad paling dibenci kot. (hehe.. jadi mangsa keadaan..) Yang penting, mulakan kerja dengan perasaan yang gembira dan jangan tekanan-tekanan. (walaupun tengok muka bos pun dah rasa tekanan dah.. )
Sekian sahaja untuk kali ini
Salam
Ahad, 15 Januari 2012
'Pink' yang bergaya
Jumaat, 13 Januari 2012
Kisah Tentang Komuter 04
Khamis, 12 Januari 2012
KDD (Episod 2)
Rabu, 11 Januari 2012
KJ di Maskulin
Isnin, 9 Januari 2012
Sesudah minggu pertama
Selamat Datang semua
Bagaimana kehidupan anda semua di minggu pertama 2012 ini? Bagi saya, segalanya berjalan lancar tanpa ada banyak masalah. Kehidupan tenang seperti biasa, cuma adalah beberapa berita yang meng'hangat'kan lagi suasana. Tambah lagi di beberapa hari kebelakangan ini cuaca memang sangat panas. (Sepatutnya sekarang ni kan musim hujan?).. Tapi memang kebiasaan di waktu-waktu begini akan berlakunya pembentukan titik-titik panas di mana suhu boleh mencecah hingga 40 darjah celcius.
Dan di ruangan ini juga diucapkan tahniah kepada pemain badminton nombor satu negara apabila berjaya menewaskan seterunya di dalam Terbuka Korea baru-baru ini. (excellent performance..).
Apa-apa pun, kehidupan awal tahun ini memang cukup menenangkan hati saya ini. Segala aktiviti yang dirancang berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Cuma, baru sahaja minggu pertama bulan Januari, duit dah mengalir laju bagaikan air.. (Bahaya nih.. kalau tak hati-hati.. kekeringan aku tengah bulan ni.. huu.. T_T).
Sekian sahaja coretan hati buat masa ini.
Salam
Ahad, 8 Januari 2012
Nikmat Kemakmuran
Jumaat, 6 Januari 2012
Pagi Jumaat
Tapi satu benda yang membencikan bila mengemaskini blog ini adalah, perisian laman sesawang mana yang hendak digunakan? Penjelajah (Explorer)? RubahApi (Firefox)? Krom (Chrome)? Secara peribadi, saya sukakan Rubah Api. Sebab dia cepat, flexible, boleh diharap dan memuaskan.. betul tak tipu. Lepas tu dia comel. (hehe..)
Tapi.. di lappy saya ni ada satu spyware yang cemburu dengan keintiman saya dengan rubah api ni. Terus kena block bila nak guna. Nak download balik pun tak boleh. Jadi, terpaksalah guna Chrome.. tapi bila dengan Chrome pula.. (laju tu memang la laju.. tapi..)
radin87 : Ok, begitu.. begitu.. begini.. begini..
Chrome : Ok, begitu.. begitu.. begini.. begini..
radin87 : merah, kuning, putih, biru..
Chrome : hitam.. putih.. sahaja boleh
radin87 : tulisan itu dan ini
Chrome : ini sahaja boleh
radin87 :
Chrome : .......ada aku kisah...?
Jadi, itu lah dia pergaduhan dengan Chrome. (benda basic jer boleh.. ) Jadi terpaksalah tukar dengan si penjelajah (Explorer). Boleh la tahan bila dengan Explorer. Tapi bila dengan Explorer ni...
radin87 : Ok, begitu.. begitu.. begini.. begini..
Explorer : Ok, begitu.. begitu.. begini.. begini..
radin87 : merah, kuning, putih, biru..
Explorer : merah, kuning, putih, biru..
radin87 : tulisan itu dan ini
Explorer : tulisan itu dan ini
radin87 : ok, publish.
Explorer : .............................rolling..rolling..rolling....
radin87 : *&$%&^&$
Haih.. lambat pula bila guna explorer..(tak tau la korang kan.. mungkin korang takder masalah ni..). Nampaknya lepas ini kena beli laptop baru la jawapnya. Mesti.. mesti.. >.<
Sekian luahan hatiku di hari Jumaat ini,
Salam
Khamis, 5 Januari 2012
KDD (Episod 1)
Kisah Datin-Datin (KDD)
Cerita ini adalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Jika ada persamaan nama tempat dan watak dengan dunia sebenar, itu adalah kebetulan sahaja.
Rabu, 4 Januari 2012
Boboi ; Maharaja Lawak Mega
Datuk Haris
Datuk Haris merupakan ayah kepada Boboyot dan Boboywa. Watak ini tidak mempunyai nama pada asalnya dan hanya diperkenalkan pada minggu ke 10. Watak sambilan ini dilakonkan oleh AC Mizal secara rela paksa apabila dijebak oleh Boboi daripada minggu pertama lagi. Dipanggil ‘useless man’ dan ‘jantan tak guna’ oleh kedua-dua isterinya. Dia mempunyai 2 orang isteri namun ianya dirahsiakan sehinggalah ianya terbongkar pada suatu hari.
Datin Maimun
Datin Maimun merupakan ibu kepada Boboyot dan isteri pertama kepada Datuk Haris. Watak ini pada asalnya tidak bernama sebelum diperkenalkan pada minggu ke-8. Mempunyai ciri-ciri seperti anaknya iaitu berbadan gempal, dan mempunyai muka berbulu. Sebagai Datin, dia sangat aktif berpesatuan seperti poco-poco, dan sukakan barangan berjenama di samping peminat setia anuar zain. Dia juga adalah seorang actress.
Di samping itu, dia juga adalah AJK Surau Taman Selasih Jaya dan seorang yang pandai dalam bidang paranormal dan terkenal dengan nama jolokan Datin Seekers. Buktinya, dia dengan jayanya menumpaskan Orang Minyak yang cuba mempengaruhinya pada minggu ke-10.
Datin ‘Ballet’
Datin ‘Ballet’ adalah ibu kepada Boboywa dan isteri kedua kepada Datuk Haris. Watak ini masih tidak bernama namun secara pasti dia adalah Datin kerana dalam minggu ke-8 dia menyatakan dia adalah Datin yang sedang menunggu mendapat ‘Seri’. Sangat sukakan tarian seperti Ballet, Gymrama, Gymnastik, Jim toncet atas, jim toncet bawah dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Dia juga menyuruh anaknya Boboywa untuk memasuki kelas ballet.
Gugurl
Gugurl adalah teman wanita kepada Boboyot. Perkenalan mereka di Muka Buku membibitkan bunga-bunga cinta antara mereka berdua. Watak ini diperkenalkan pada minggu ke-4. Iras wajah seperti Boboywa namun kedut-kedutnya amat digilai oleh Boboyot. Seorang gadis yang meminati muzik, ahli PBSM dan pandai CPR. Dia bukan sahaja pandai dalam bantuan pernafasan mulut ke mulut, tapi juga mulut ke telinga dan mulut ke perut.