Rabu, 4 Januari 2012

Boboi ; Maharaja Lawak Mega

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Photobucket

Pasti ramai antara kita sudah tahu akan Naib Johan bagi Maharaja Lawak Mega ini bukan? Boboi adalah nama kumpulan bagi pentas Maharaja Lawak Mega yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik. Memegang sebagai watak budak kecil, ia telah menjadi satu jenama yang menceriakan lagi pentas Maharaja Lawak Mega. Berbeza dengan kumpulan lain yang sentiasa memberikan kelainan cerita di setiap minggu. Kumpulan Boboi memberikan tema yang sama kepada setiap persembahan mereka, iaitu berkisah kepada 2 orang kanak-kanak yang bernama Boboi. Memandangkan mereka berada di pentas MLM selama 10 minggu, maka kumpulan Boboi telah membuat umpama satu sitcom sepanjang 10 minggu itu.

Photobucket

Baiklah, mari kita berkenalan dengan Boboyot & Boboywa beserta keluarga bahagia mereka.


2 orang Boboi

Photobucket

Watak Boboyot dan Boboywa diperkenalkan pada minggu pertama. Antara perwatakan Boboyot adalah berbadan gempal dan mempunyai bulu di muka walaupun masih kanak-kanak. Nama Boboy bagi Boboyot diambil oleh ibunya yang memanggilnya, “Berboyotnya budak ni”. Dia mengenali Boboiwa kerana bersekolah di tadika yang sama. Boboyot mempunyai seorang teman wanita iaitu Gigirl yang pertama kali bersua di laman Muka Buku.

Photobucket

Antara perwatakan Boboiwa pula adalah kurus dan mempunyai rupa iras orang tua kerana mempunyai kedut di muka. Ibunya memanggilnya dengan nama “Bin Jahanam punya budak”, namun tetap dipanggil Boboy. Boboywa mungkin diambil daripada wajahnya yang kelihatan tua dan berkedut. Mereka mengenali diri masing-masing sebagai adik-beradik sama ayah lain mak apabila ibu masing-masing menghantar mereka ke tadika yang sama iaitu Tadika Budget.


Tuk Uda

Photobucket

Tuk Uda merupakan datuk kandung kepada Boboyot dan Boboywa, dan ayah kepada Datuk Haris. Merupakan seorang yang ranggi, namun usianya yang lanjut menyebabkan dia cepat lupa. Diperkenalkan pada minggu ke-9. Ada menasihatkan Boboyot bagaimana untuk mencari jodoh yang sesuai seperti tutup aurat, pandai masak, baik budi pekerti dan pandai shuffle.. (-_-!!)

Datuk Haris

Photobucket

Datuk Haris merupakan ayah kepada Boboyot dan Boboywa. Watak ini tidak mempunyai nama pada asalnya dan hanya diperkenalkan pada minggu ke 10. Watak sambilan ini dilakonkan oleh AC Mizal secara rela paksa apabila dijebak oleh Boboi daripada minggu pertama lagi. Dipanggil ‘useless man’ dan ‘jantan tak guna’ oleh kedua-dua isterinya. Dia mempunyai 2 orang isteri namun ianya dirahsiakan sehinggalah ianya terbongkar pada suatu hari.


Datin Maimun

Photobucket

Datin Maimun merupakan ibu kepada Boboyot dan isteri pertama kepada Datuk Haris. Watak ini pada asalnya tidak bernama sebelum diperkenalkan pada minggu ke-8. Mempunyai ciri-ciri seperti anaknya iaitu berbadan gempal, dan mempunyai muka berbulu. Sebagai Datin, dia sangat aktif berpesatuan seperti poco-poco, dan sukakan barangan berjenama di samping peminat setia anuar zain. Dia juga adalah seorang actress.

Di samping itu, dia juga adalah AJK Surau Taman Selasih Jaya dan seorang yang pandai dalam bidang paranormal dan terkenal dengan nama jolokan Datin Seekers. Buktinya, dia dengan jayanya menumpaskan Orang Minyak yang cuba mempengaruhinya pada minggu ke-10.


Datin ‘Ballet’

Photobucket

Datin ‘Ballet’ adalah ibu kepada Boboywa dan isteri kedua kepada Datuk Haris. Watak ini masih tidak bernama namun secara pasti dia adalah Datin kerana dalam minggu ke-8 dia menyatakan dia adalah Datin yang sedang menunggu mendapat ‘Seri’. Sangat sukakan tarian seperti Ballet, Gymrama, Gymnastik, Jim toncet atas, jim toncet bawah dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Dia juga menyuruh anaknya Boboywa untuk memasuki kelas ballet.


Gugurl

Photobucket

Gugurl adalah teman wanita kepada Boboyot. Perkenalan mereka di Muka Buku membibitkan bunga-bunga cinta antara mereka berdua. Watak ini diperkenalkan pada minggu ke-4. Iras wajah seperti Boboywa namun kedut-kedutnya amat digilai oleh Boboyot. Seorang gadis yang meminati muzik, ahli PBSM dan pandai CPR. Dia bukan sahaja pandai dalam bantuan pernafasan mulut ke mulut, tapi juga mulut ke telinga dan mulut ke perut.


2 ulasan:

CekbOlat-bOlat berkata...

kahkahkah.. adehai.. lawak la diorg =)

Radin87 berkata...

kan? kan? kan?
memang lawak giler. hehehe =D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails