Sabtu, 28 Januari 2012

Pengikut ke-100 ; Beauty Shinju

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Kadang-kadang saya memang pelik dengan internet kat rumah ni, setiap kali waktu malam mesti dia membuat perangai gilanya tidak dapat sambung ke laman sesawang. Macam-macam alasan keluar.. IP adress conflict laa.. no internet connection laa.. itulah jadinya "Pabila Modem Menggila". Apa-apa pun, memang saya tak dapat langsung ke laman maya semalam. Dan apabila saya dapat masuk pagi ini, blog ini sudah pun mempunyai pengikut ke-100 nya malam tadi.

Terkejut tak terkata saya. Terima kasih diucapkan kepada anda-anda semua. ^^ Baiklah, sebagai tanda terima kasih kepada pengikut ke-100 ini, saya telah ber-blogwalking ke blog beliau dan buat satu Blog Review khas untuknya.. Beliau adalah Beautyshinju.

Photobucket
Klik pada gambar untuk ke Beautyshinju

Ok, Beautyshinju ini adalah portal milik seorang gadis bernama Mirra Nadhira Mustapha dari Johor. (wah.. sekampung la kita ek~~~ ). Seperti mana-mana blog gadis yang lain, warna pink menjadi warna dominan di blog ini. Tuan punya blog menjadikan blognya sebagai pelantar untuk menulis dan berkongsi cerita-cerita peribadi, berkaitan perempuan, contest dan segmen. (wow.. banyak gak..).

Jadi, apakah penilaian daripada RBE? Let's go check it out..


YANG TERBAIK

Warna Pink, latar belakang polka-dot, header kartun dan layout blog memang sudah cantik. Menambahkan elemen-elemen kecomelan pada blog Beautyshinju. Dan, kadang-kala.. terdapat percikan bunga-bunga api kebiru-biruan di sini. Memang amat comel~~~ =D (i like..). Tidak dilupakan juga dengan jam teddy bear dan kotak jerit disusun dengan kemas. Kotak jerit Cbox kebiasaannya tidak menghampakan pengunjung blog.

Photobucket


YANG BOLEH DIBAIKI

Bilangan post yang keluar di homepage rasanya boleh ditambah dari 1 kepada 3. Sebab, post kebanyakannya pendek-pendek, jadi tidak menjadi masalah. Dan, secara peribadi, saya tak berapa minat dengan lagu-lagu latar. Terkejut saya bila masa masuk tadi, tiba-tiba blog anda menyanyi.. huhu. Lepas tu, dekat header tu, boleh la ditambah dengan nama blog "Beautyshinju" ataupun "Ceritera aku dan hati" bersama dengan kata-kata aluan. Lebih manis kalau macam tu.

Photobucket


YANG BUSUK

Tiada. ^^


Akhir kata, blog Beautyshinju antara yang saya kategorikan sebagai blog mesra pengguna sebab senang nak singgah dan tinggalkan jejak. Tahniah kepada tuan punya blog. Beliau sudah menjaga blognya dengan sebaik-baiknya.

Sekian sahaja buat masa ini.
Salam.

3 ulasan:

DRceria berkata...

tahniah, radin.. dah ada follower ke100... :D

Radin87 berkata...

hehe.. yup. terima kasih DRC ^^

MIRRA NADHIRA MUSTAFFA berkata...

terima kasih yurp kepda RBE sebb sudi buat post psal blog saya.. i really appreciate it.. btw.. insyaALLAH saya akan perbaiki blog saya dari semasa ke semasa.. :DD

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails