Isnin, 2 Januari 2012

Hafiz & Adira - Ombak Rindu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Segmen muzik kembali lagi tepat pada masanya. Bulan lepas pasti ramai yang terkena demam dengan Ombak Rindu. Penangan yang diberikan oleh pelakon handalan seperti Aaron Aziz dan Maya Karin cukup memberikan igauan di mana-mana, sehinggakan ramai orang kini menyukai Maya Karin disebabkan wataknya sebagai Izzah, perempuan kampung yang baik dan solehah. Dan, filem Ombak Rindu ini juga diserikan dengan lagu temanya yang juga mempunyai nama yang sama.

Lagu ini dinyanyikan oleh Hafiz dan Adira, kedua-duanya bintang rancangan realiti kelahiran Akademi Fantasia. Sama-sama kita saksikan.


Semoga terhibur. ^^

2 ulasan:

Mira Maisara berkata...

tengah layan lagu ombak rindu sekatang nie

ainmokti berkata...

suka lagu tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails