Ahad, 26 Februari 2012

Ibarat melepaskan batok di tangga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Berjumpa lagi kita di hari ini di dalam segmen Info Menarik. Untuk kali ini, kita akan membincangkan akan satu pepatah melayu yang saya pasti ramai di antara kita sudah biasa sangat dengar iaitu..

Ibarat melepaskan Batuk di tangga..

Ok, kawan-kawan, ayat di atas secara tersiratnya bermaksud Melaksanakan satu kerja yang sia-sia, ataupun membuat satu kerja separuh jalan. Itu secara tersirat, sekarang ini mari kita bincangkan yang tersurat. Cuba tengok ayat yang saya merahkan di atas iaitu 'Batuk'. Kenapa saya 'bold'kan? Sebab perkataan itu Salah. Bukannya Batuk tetapi Batok. Apa bezanya dua ayat ini?


Maksud Batuk

Maksud batuk ini adalah satu perkataan yang merujuk kepada perbuatan separa sedar ataupun sedar seseorang apabila saluran nafasnya tersumbat atau berlaku jangkitan di kawasan tersebut. Ia menyebabkan seseorang itu, terbatuk-batuk.
Ini adalah perkataan yang kita semua sekarang ini salah sangka bahawa pepatah melayu di atas adalah merujuk kepada perbuatan kita batuk di depan tangga. (kalau fikir balik, apa kejadahnya batuk depan tangga dengan buat kerja sia-sia?).


Maksud Batok.

Jika batuk adalah perbuatan, Batok pula adalah sejenis alat pencedok air yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Kalau anda tinggal kat kampung, mesti anda ada ingat yang datuk nenek anda dulu ada ajar, sebelum masuk rumah cuci kaki dulu!! Lepas tu kat depan pintu rumah ada tempayan kecil dengan pencedok air serupa tempurung kelapa, betul tak? itulah batok. Cuba tengok gambar di bawah.

Zaman sekarang memang kita tak jumpalah benda ni, lagi-lagi yang tinggal di bandar.(takdernya mak bapak kat rumah batu nak suruh anak cuci kaki sebelum masuk rumah.. betul tak??).

Kenapa berlakunya kesilapan ini? Dulu pepatah ini ditulis dalam tulisan jawi, dan ejaannya sama. Jadi, bila ditukar jadi tulisan rumi, kedua-duanya pun hampir sama. Tapi, zaman sekarang mana laa ada rumah ada tempayan kat depan rumah, lagi-lagi rumah bandar. Sebab itu ramai orang tak tahu tentang ini. Jadi, ayat yang betul adalah..

Ibarat melepaskan batok di tangga

Kenapa? Sebab batok ni selalunya ada tempat letak ataupun tempat gantungnya. Bila kita letak sepah-sepah, contohnya di atas tangga... ia adalah contoh kerja sia-sia (buat kerja tak semenggah atau buat kerja separuh jalan) . Alang-alang nak letak atas tangga, letak jer lah kat tempat asal. Betul tak? (jangan jadi pemalas.. hehe)

Ok, itu sahaja perkongsian ilmu untu hari ini. Pepatah ini ada kena mengena dengan isu yang saya akan bawakan di artikel selepas ini. Tunggu~~

2 ulasan:

zy's berkata...

salam.. hai.. terima kasih kerana singgah di Tinta. saya ada tulis jugak pasal ni. serius tak tau maksud batuk tu. tau pun sebab kawan main teka-teki. yang pastinya, sekarang dah tau.

Radin87 berkata...

yup, saya ada baca juga.
Saya pun tak tahu, first time tahu masa baca blog kawan. huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails