Khamis, 2 Februari 2012

Hafiz - Awan Nano

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Segmen muzik kembali lagi tepat pada masanya. Pastinya anda semua sudah melihat pada akhir bulan lepas akan lagu yang memenangi Anugerah Juara Lagu ke-26, iaitu Awan Nano. Lagu ini adalah hasil gandingan M.Nasir dan Buddhi Hikayat sebagai komposer dan penulis lirik. Ramai yang meminati lagu ini dan tidak dinafikan akan kemantapan vokal Hafiz yang buat kali kedua menggondol Anugerah Vokal Terbaik AJL buat kali kedua berturut-turut. Ada satu kebaikan lagu ini menang, sebab buat pertama kalinya saya tahu apakah maksud Nano dalam lagu ini. Ia adalah dari perkataan bahasa tempatan di Johor yang membawa maksud berselerak. (aku orang Johor, tapi ini first time aku tahu maksud nano di Johor. Sedih!! =.=").

Apa yang pasti, selepas kemenangan lagu ini, populariti Hafiz naik mencanak-canak. Penyokong-penyokong Hafiz bertambah, dan bila peminat bertambah.. haters pun bertambah. Ramai yang bengang dengan kemenangan Hafiz. Tapi, jika di AJL, bukan Hafiz yang menang.. yang menang adalah M.Nasir dan Buddhi Hikayat. Ia adalah pertandingan di antara komposer lagu, bukan penyanyi. (Tolonglah sedar yer wahai haters-haters Hafiz sekalian..??)

Apa-apa pun.. sama-sama kita saksikan Awan Nano.



Semoga terhibur ^^

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails