Rabu, 9 November 2011

Sejarah Adat Istiadat Diraja Johor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua.

Setelah hampir 2 bulan berusaha menyimpan duit, saat yang dinanti-nantikan tiba jua akhirnya. Saya berjaya menyimpan cukup duit untuk membeli buku "Sejarah Adat Istiadat Diraja Johor" yang ditulis oleh Abdul Rahim Ramli dan diterbitkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Photobucket

Namun, mendapatkan buku ini juga mempunyai cabarannya yang tersendiri. Puas saya menggeledah satu kedai buku MPH, namun tidak berjumpa. Ia memang sudah dijangka kerana di dalam maklumat komputer di kedai tersebut, buku tersebut hanya tinggal 1 salinan sahaja lagi. Saya pusing dan pusing, sehingga hampir putus asa untuk mencari. Namun, rezeki memihak kepada saya kerana di saat-saat akhir, saya berjumpa juga dengan buku tersebut. (cari kat tempat lain, tapi buku di tempat lain.. sampai kiamat cari pun tak jumpa).

Memang banyak maklumat yang didapati di dalam buku ini, contohnya seperti sejarah Teluk Belanga dan Kerabat Diraja Johor. Apa-apapun, dalam sebulan dua ini, saya mengadap buku ini setiap malam melihat maklumat berharga akan sejarah negeri yang dicintai. (berbaloi juga simpan RM180.00)

Sekian buat masa ini,
Salam.

Buku ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Ibrahim pada bulan September lepas. Tekan sini untuk ke portal berita.

3 ulasan:

Ahmad berkata...

buku ni ada sedikit silap

Radin87 berkata...

yup, walaupun ia tidak mencacatkan keseluruhan kandungan isi, tetapi ada beberapa kesilapan dalam cetakan ini.

Tanpa Nama berkata...

boleh kongsi beli dapat buku ni di mana..punk5_daeng@yahoo.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails