Selasa, 27 Mac 2012

This Means War

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Peluang untuk menonton cerita yang sudah lama ditunggu-tunggu ini tiba jua akhirnya. Beberapa minggu yang lepas, ketika menonton cerita BUNOHAN, asalnya nak tonton cerita ni laa. Baru minggu ini dapat. Baiklah, sebelum pergi lebih jauh, mari kita sama-sama melihat movie review untuk kali ini.


Jadi apakah cerita THIS MEANS WAR ini? Ceritanya sebenarnya berkisarkan akan cinta tiga segi di mana dua orang lelaki jatuh cinta pada wanita yang sama. Dan kedua lelaki ini, tidak mahu mengaku kalah mahu membuktikan siapa yang mampu memenangi hati wanita tersebut. Terdesak sampai isytihar perang. Huhuhu..


SINOPSIS


Ceritanya berkisarkan akan dua orang agen CIA, iaitu FDR Foster (Chris Pine) dan Tuck Hudson (Tom Hardy). Di permulaan cerita, mereka telah ditugaskan ke Hong Kong untuk menghalang seorang penjenayah antarabangsa bernama Heinrich untuk memiliki senjata pemusnah. Misi tersebut adalah rahsia. Namun, misi tersebut tidak menjadi seperti yang dirancang, menyebabkan kematian Jonas, iaitu adik kepada Heinrich. Dan itu menyebabkan Heinrich berazam untuk membalas dendam. Berbalik di pejabat CIA, bos kepada FDR dan Tuck, Collins terpaksa meletakkan kedua agennya itu untuk kerja-kerja pejabat, untuk melindungi keselamatan mereka.

Siapakah mereka ini?


FDR, menyembunyikan identitinya sebagai Kapten Kapal Persiaran adalah seorang kaki wanita dan masih bujang. Sahabat baik kepada Tuck. Pertama kali berjumpa dengan Lauren di kedai CD, namun Lauren mengabaikannya. Selepas itu FDR bertekad untuk keluar dengannya. Ia tidak lama apabila dia mengetahui yang Tuck juga jatuh cinta kepadanya.


Tuck pula adalah seorang duda, telah bercerai dengan isterinya, Katie dan mempunyai seorang anak lelaki iaitu, Joe. Menyembunyikan identitinya sebagai Agen Pelancongan. Dia berjumpa dengan Lauren di laman sesawang sosial, cuba untuk mendapatkan teman hidup. Pertemuan pertama mereka ini berjaya dan hubungan mereka mekar. Tidak lama kemudian dia mendapat tahu yang FDR juga jatuh cinta kepada Lauren.


Lauren Scott (Reese Witherspoon) pula adalah seorang wanita bujang. Kawan rapatnya, Trish telah mendaftarkannya di laman sesawang sosial membawa pengenalannya dengan Tuck. Namun, dia juga kemudian menjalinkan hubungan dengan FDR selepas satu pertemuan di kedai video. Dia tidak mengetahui hubungan antara Tuck dan FDR pada peringkat awal.


Dan di mana-mana kisah cinta segi, selalunya wanita yang akan memberi kata putus akan siapa yang akan dipilihnya sebagai teman hidup. Siapakah yang dipilih oleh Lauren? ^^

Apa yang saya suka akan cerita ini?
  1. Sudah tentulah penghabisannya happy ending. (semua watak berjumpa teman hidup masing-masing)
  2. Gaya pertarungan antara FDR dan Tuck 'berperang' untuk merebut Lauren. (menggunakan sumber CIA untuk semata-mata mendapatkan latar belakang Lauren... seriously, membazir duit rakyat kot!! haha..)
  3. Unsur-unsur komedi yang menceriakan cerita tersebut. (walaupun ada beberapa lawak memang tak sesuai untuk 18 tahun ke bawah).
Okay, itu sahaja untuk segmen kali ini. Berjumpa di ruangan yang lain.. Adieu~~

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails