Cerita ini adalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Jika ada persamaan nama tempat dan watak dengan dunia sebenar, itu adalah kebetulan sahaja.
Khamis, 5 Januari 2012
Kisah Datin-Datin (KDD)
Cerita ini adalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Jika ada persamaan nama tempat dan watak dengan dunia sebenar, itu adalah kebetulan sahaja.
Rabu, 4 Januari 2012
Boboi ; Maharaja Lawak Mega
Datuk Haris
Datuk Haris merupakan ayah kepada Boboyot dan Boboywa. Watak ini tidak mempunyai nama pada asalnya dan hanya diperkenalkan pada minggu ke 10. Watak sambilan ini dilakonkan oleh AC Mizal secara rela paksa apabila dijebak oleh Boboi daripada minggu pertama lagi. Dipanggil ‘useless man’ dan ‘jantan tak guna’ oleh kedua-dua isterinya. Dia mempunyai 2 orang isteri namun ianya dirahsiakan sehinggalah ianya terbongkar pada suatu hari.
Datin Maimun
Datin Maimun merupakan ibu kepada Boboyot dan isteri pertama kepada Datuk Haris. Watak ini pada asalnya tidak bernama sebelum diperkenalkan pada minggu ke-8. Mempunyai ciri-ciri seperti anaknya iaitu berbadan gempal, dan mempunyai muka berbulu. Sebagai Datin, dia sangat aktif berpesatuan seperti poco-poco, dan sukakan barangan berjenama di samping peminat setia anuar zain. Dia juga adalah seorang actress.
Di samping itu, dia juga adalah AJK Surau Taman Selasih Jaya dan seorang yang pandai dalam bidang paranormal dan terkenal dengan nama jolokan Datin Seekers. Buktinya, dia dengan jayanya menumpaskan Orang Minyak yang cuba mempengaruhinya pada minggu ke-10.
Datin ‘Ballet’
Datin ‘Ballet’ adalah ibu kepada Boboywa dan isteri kedua kepada Datuk Haris. Watak ini masih tidak bernama namun secara pasti dia adalah Datin kerana dalam minggu ke-8 dia menyatakan dia adalah Datin yang sedang menunggu mendapat ‘Seri’. Sangat sukakan tarian seperti Ballet, Gymrama, Gymnastik, Jim toncet atas, jim toncet bawah dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Dia juga menyuruh anaknya Boboywa untuk memasuki kelas ballet.
Gugurl
Gugurl adalah teman wanita kepada Boboyot. Perkenalan mereka di Muka Buku membibitkan bunga-bunga cinta antara mereka berdua. Watak ini diperkenalkan pada minggu ke-4. Iras wajah seperti Boboywa namun kedut-kedutnya amat digilai oleh Boboyot. Seorang gadis yang meminati muzik, ahli PBSM dan pandai CPR. Dia bukan sahaja pandai dalam bantuan pernafasan mulut ke mulut, tapi juga mulut ke telinga dan mulut ke perut.
Selasa, 3 Januari 2012
Mula bekerja
Selamat Datang semua
Cuti tahun baru telah tamat, dan bermulalah hari bekerja seperti biasa. Pada bulan lepas, bolehlah dikatakan bulan cuti-cuti sebab hampir setiap minggu ada cuti umum. Apatah lagi bos sendiri pun rasa malas nak kerja. Sekarang? Bulan kerja-kerja dah kembali seperti biasa. (bos dah start gear 5 nak kerja..). Malah, sepupu-sepupu dan adik beradik saya pun sedang sibuk mengemaskan barang masing-masing kerana sesi persekolahan akan bermula esok. Keadaan akan kembali seperti sedia kala.
Dan disebalik kesibukan kerja, saya sempat juga untuk melihat cuti apakah yang ada di bulan Januari ini. (giler cuti.. hehe ^^). Kalau di negeri Selangor ni, memang tidak ada harapanlah untuk merasa cuti Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan Sultan Kedah. Jadi, cuma ada satu cuti sahaja iaitu Cuti Tahun Baru Cina pada 23 dan 24 Januari 2012. (ditambah dengan sabtu dan ahad, jadi 4 hari cuti..). Cuma tidak dapat hendak berseronok di cuti itu sebab tak akan pergi mana-mana sebab berada di Lembah Klang sahaja. (rileks sudah..)
Tapi tidak mengapalah, yang penting kerja harus dibuat dengan penuh dedikasi (chewah.. ayat..). Sekian sahaja untuk kali ini.
Salam.
Isnin, 2 Januari 2012
Hafiz & Adira - Ombak Rindu
Ahad, 1 Januari 2012
Cuti Tahun Baru
Selamat Datang semua
Selamat tahun baru 2012 kepada semua yang menyambutnya. Di hari pertama tahun baru ini, saya cuma menghabiskan masa di rumah. Keadaan kesihatan yang tidak menentu menghalang saya daripada berjalan jauh. (memang nak sangat keluar..). Di hari yang menyeronokkan diri ini, sudahkah anda menyenaraikan apa yang hendak dicapai sepanjang 2012 ini?
Ini antara yang saya sudah rancangkan di tahun 2012 ini :-
- Menulis novel.
Ini adalah antara azam 2012 yang saya juga telah senaraikan di salah satu artikel sebelum ini. Dan dengan tak disangka-sangka, DRC dan CTK telah menyenaraikan ia antara 20 azam tahun baru terbaik bagi mereka. (terima kasih.. ^^). Jadi, saya sudah pun menyediakan 2 projek tahun 2012 iaitu Projek NR03 (kod nama jer.. belum ada tajuk lagi novel ni.. huhu..) dan Kisah Datin-Datin untuk projek novel 2012 ini. Kisah Datin-Datin akan dimuatkan ke dalam blog ini secara percuma untuk bacaan umum. (khas untuk pembaca semua.. nantikan di isu akan datang ^^). - Pekerjaan baru.
Saya sebenarnya sudah beberapa kali mencuba untuk kembali semula ke Johor Bahru dan bekerja di tempat lahir sendiri. Antara sebabnya adalah, dekat dengan keluarga. Dan lagi, saya dah terbiasa dengan suasana Johor yang dihiasi dengan pemandangan laut Selat Tebrau. (kat KL takder laut.. cuma ada Sungai Klang..)
Dan ini apa yang saya harapkan terjadi di tahun 2012 ini :-
- Perkhidmatan komuter yang lebih baik.
Pada Jumaat yang lepas, ada satu pengumuman daripada pihak KTM Komuter bahawa di bulan Januari tahun baru 2012 ini, mereka akan menyeragamkan jadual kedatangan tren komuter setiap 30 minit. Dan pada Februari 2012, tren baru Komuter dijangka tiba. (aku tak berapa teruja tentang tu.. aku nak tengok tren ni menepati masa.. aku nak tengok boleh ke tak..)
Baiklah, saya rasa itu sahaja di antara yang saya ingin capai dah lihat di sepanjang 2012 ini. Yang penting, jangan biarkan masa kita berlalu pergi dengan begitu sahaja. (jangan membazir nyawa.. hehe).
Sekian untuk kali ini.
Salam