Rabu, 1 Februari 2012

Bulan kedua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Diam tak diam, bulan Januari telah pun pergi meninggalkan kita. Selamat datang ke bulan Februari. Bergantung kepada seseorang untuk interpertasikan bulan ini, ada orang kata ini bulan kasih-sayang. Apa-apa pun, itu bergantung kepada individu.

Dan apa yang penting, setiap kali awal bulan, saya akan duduk di depan komputer dan menghadap kalendar untuk melihat cuti apakah yang ada pada bulan ini. (biasalah kan.. cuti itu penting..). Jadi apakah cuti-cuti yang ada pada bulan Februari 2012 ini?
  1. Hari Wilayah. Sempena sambutan penubuhan Wilayah Persekutuan. Patutlah dalam status ada yang tulis, "Siapa cuti hari ini angkat tangan...". Saya pun tengoklah kalendar, rasanya tiada cuti hari ini di Selangor. (memanglah.. sebab Selangor tak cuti..Wilayah jer yang cuti..).
  2. Maulidur Rasul. Cuti sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Cuti ini jatuh pada hari Ahad, maka ia diganjakkan satu hari ke hari Isnin, 6 Februari 2012.
  3. Thaipusam. Cuti ini jatuh pada 7 Februari 2012.
Jadi, macam mana? Ada 4 hari cuti di situ. Bagusnya kalau dapat pergi bercuti masa ini untuk menghilangkan stress bekerja. Huhu..

Sekian buat masa ini
Salam.

3 ulasan:

hyz berkata...

selamat bercuti =)

Radin87 berkata...

hehe.. yup.
sama-sama =D

shahdiana berkata...

lagi bulan februari bezday kita...:D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails